SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KORBAN 2009Salam hari raya buat semua. 27hb November 2009 (Jumaat) kita menyambutnya. Semoga saudara mara kita yang sedang mengerjakan haji pada tahun ini didoakan keselamatan, kesihatan dan kemudahan mereka sepanjang mengerjakan ibadah haji di sana.
Bagi kita yang belum dapat mengerjakan rukan ISlam yang ke-5 ini, sentiasa didoakan semoga diberi ruang dan peluang untuk melaksanakannya. Semoga Allah SWT memberi kemudahan itu kepada kita semua. Percayalah! Allah SWT sentiasa memakbulkan usaha dan hajat kita sama ada melalui perkara yang boleh rancang ataupun daripada perkara yang tidak disangka-sangka.
Kepada sanak saudara, waris Allahyarham Imam Umpau,
yang mengerjakan ibadah korban, syukur alhamdullillah. Mudah-mudahan di lain tahun kita boleh berkumpul bersama melakukannya secara berkelompok pula, tengok kesesuaiannya.
SALAM AIDIL ADHA.