SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KORBAN 2009

Salam hari raya buat semua. 27hb November 2009 (Jumaat) kita menyambutnya. Semoga saudara mara kita yang sedang mengerjakan haji pada tahun ini didoakan keselamatan, kesihatan dan kemudahan mereka sepanjang mengerjakan ibadah haji di sana.

Bagi kita yang belum dapat mengerjakan rukan ISlam yang ke-5 ini, sentiasa didoakan semoga diberi ruang dan peluang untuk melaksanakannya. Semoga Allah SWT memberi kemudahan itu kepada kita semua. Percayalah! Allah SWT sentiasa memakbulkan usaha dan hajat kita sama ada melalui perkara yang boleh rancang ataupun daripada perkara yang tidak disangka-sangka.

Kepada sanak saudara, waris Allahyarham Imam Umpau,
yang mengerjakan ibadah korban, syukur alhamdullillah. Mudah-mudahan di lain tahun kita boleh berkumpul bersama melakukannya secara berkelompok pula, tengok kesesuaiannya.

SALAM AIDIL ADHA.

BERITA TIDAK MENGEMBIRAKAN

Pada jam 430 pagi tadi Kak Hajjah Nornain menelefon memberi tahu bahawa rumah Kediaman keluarga kita Abd Rahman Bin Hj Mohd Salleh
(cucu arwah nenek Aminah dan Muyot, cicit kepada allahyarham Imam Umpau) telah hangus terbakar jam 2.00 pagi tadi 08hb November 2009.
bertempat di Tapak Kediaman Seri Impian, Batu 8, Jalan Bukit Garam.
Pihak Bomba dan Polis ada datang di tempat kejadian, namun tiada harta benda dapat diselamatkan termasuk lori 3 tan yang diletakan di bawah rumah.

Seluruh keluarga tiada di rumah semasa kejadian itu. Mereka berada di Kota Kinabalu untuk urusan di Pejabat Pendaftaran. Dan semasa blog ini di update, meraka sedang dalam perjalanan pulang ke kampung.

Kebakaran dipercayai disebabkan litar pintas. Semoga beliau dan keluarga dapat bersabar.

Pautan 1 :
Pautan 2 :

BANTUAN KHAS SAWIT (BKS)


Pernah dengar? kalau harga sawit jatuh.... apa akan jadi dengan pekebun kecil.

Ada BANTUAN KHAS SAWIT (BKS) untuk pekebun kecil, sekiranya harga FFB (buah sawit) jatuh.


Nah! Dapatkan borang di Jabatan Pertanian.


Dokumen :

1. Isi borang dari Jabatan Pertanian.
2. Salinan Kad Pengenalan.
3. Salinan Lesen MPOB
4. Salinan resit penjualan
5. NO AKUAN BANK anda

Hubungi : Abang Awang @ Damit bin Walit (Pegawai Pertanian Kinabatangan)
atau Abang Nasip bin Mohd Salleh (Kakitangan Jabatan Pertanian Kinabatangan)
PROGRAM SUBSIDI BERAS UNTUK RAKYAT (SUBUR)

Tadi Abg Damit ada telefon, katanya...

Ini ada lagi satu BERITA PENTING! yang perlu kita uwar-uwarkan kepada keluarga kita. Program SUBUR. Ramai ahli keluarga kita yang perlu kita bantu, BERDAFTARLAH. Sampaikan makluman ini secepat mungkin, agar tidak tercicir.

Syarat permohonan :

Bagi yang pendapatan RM1,500/sebulan (di bandar) dan RM1,000 (di kampung)

1. Setiap keluarga akan diberi 1 hingga 3 keping baucar (jumlah maksimum) iaitu bergantung pada jumlah ahli dalam satu-satu keluarga.

2. Baucar akan diagihkan setiap 6 bulan kepada golongan sasar. Baucar ditebus untuk mendapatkan ST15% dan SST5% di mana-mana kedai runcit.

3. Program SUBUR akan mula dilaksanakan mulai 1 Disember 2009. program subsidi beras ST15% sedia ada tidak diteruskan selepas 30 November 2009 dan diganti dengan kaedah baru iaitu pemberian baucar kepada golongan sasar di bawah program yang dipanggil Program “Subsidi Beras Untuk Rakyat” atau ringkasnya SUBUR.

4. Pelaksanaan Program SUBUR dan penggunaan baucar seperti yang dicadangkan akan melibatkan perbelanjaan Kerajaan dalam bentuk subsidi sebanyak RM8,250,854 sebulan.

Maklumat lanjut, layari laman web Jabatan Pertanian dan Industri Asas Tani :

http://blogmoa.moa.gov.my/?p=437
atau;
http://www.moa.gov.my/1256

JANGAN LUPA BACA PAUTAN DI ATAS
-----------------------------------------
Sediakan dokumen ni…. saja

1. Ambil borang dengan JKKK atau Jabatan Pertanian berhampiran atau download di :

http://www.moa.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=109f98bf-d10e-46ff-917e-6e96ec4a2c4a&groupId=6645381


2. Salinan Kad Pengenalan Suami dan Isteri
3. Salinan Sijil nikah
4. Senarai nama anak-anak (senarai sahaja)
5. Tempoh penghantaran borang (bagi di Pejabat Pertanian Kinabatangan) 09hb November 2009 hingga 12hb November 2009 (1 minggu saja ni…, cepat!)

Maklumat di atas sebagai panduan asas sahaja. Sila berhubung dengan En. Awang @ Damit untuk lebih terperinci.

Sumber : En Awang @ Damit Bin Walit
Pegawai Pertanian Kinabatangan

SELAMAT DATANG!

Blog ini merupakan ruang pertemuan keluarga dan siapa sahaja yang sering melayari internet. Anda dialu-alukan melayari blog ini. Sila 'tinggalkan jejak' di ruangan chat agar kita dapat berkomunikasi secara maya pada ruang tempat dan masa yang terbatas zaman ini. Beri ruang komen untuk menambah baik blog ini dan sebarang cadangan positif untuk kebaikan generasi waris kita hari ini.

Emailkan bahan anda untuk di 'publish' di ruang ini atau anda mungkin mempunyai maklumat untuk dikongsi bersama. (warisimamumpau@gmail.com)

GAMBAR DULU-DULU

HASRAT JADI KENYATAAN

Malam itu agak letih sedikit, selepas membersihkan dalam kereta. Besok pagi mau balik awal beraya ke kampung mertua di Lahad Datu. Sambil berehat depan meja komputer, tangan menyusun karya-karya puisi rakan-rakan untuk di email terus ke DBP Sabah sebelum raya, bagi penerbitan antologi puisi sempena Bulan Bahasa Kebangsaan lepas raya ni.

Tepat jam 9.40 malam... telefon berdering. Terima pangilan dari makcik kami Dg Mariam, lebih disenang dipanggil dengan panggilan 'Makcik Bungsu' yang menetap di Kota Kinabalu agak jauh dari kami di Kinabatangan. Mulanya agak tertanya-tanya, takut ada khabar yang tidak gembira menjelang akhir Ramadhan ini. Maklumlah, panggilan lewat malam begini agak fobia bagi sesetengah orang, takut ada musibah. Bagi kami di pantai timur Sabah, 9.40 mlm dikira agak lewat. Tapi ketika itu aku masih sibuk melayari internet, selepas mendapat 'kebebasan' daripada gangguan anak kecil saya (Airil, 1th) yang telah terlena. Tapi syukurlah, tiada apa-apa berita yang tidak baik.

Makcik Bungsu menyatakan hasratnya untuk mengadakan Majlis Pertemuan Keluarga dan Waris Allahyarham Imam Umpau sempena hari raya tahun ini. Hasrat ini sudah lama terpendam untuk menemukan sanak-saudara yang semakin tidak mengenali antara satu dengan yang lain, khususnya generasi muda waris allayarham. Ya! satu idea yang baik.

"Kalau anak buah memanggil abang, kepada pakciknya itu sudah tidak kena," katanya berseloroh. Lagi pun orang tua-tua sudah tidak dapat mengenali generasi bawahan mereka yang begitu ramai. Maka hubungan itu tidak serapat dan semesra sebagai 1keluarga. Akhirnya kita tidak saling mempeduli antara satu sama lain, sedangkan orang di sebelah kita adalah keluarga sendiri.

Maka perjumpaan ini bertujuan untuk menyatupadukan dan mengeratkan hubungan sesama keluarga sama ada disebabkan pertalian darah, perkahwinan atau sebagainya sebagai satu rumpun keluarga yang saling bekerjasama, membantu dan bermuafakat dalam banyak perkara.

-------
Dalam tempoh yang singkat, persediaan majlis tersebut berjaya diadakan dengan bantuan pakcik-makcik kami, sepupu-sepupu dan anak buah yang lain. Setiap ahli keluarga yang hadir digalakan membawa 'Pot Luck' masing-masing untuk dihidang bersama. 'Banyak sama dijamah, sedikit sama dirasai'.

Akhirnya pada hari raya ke-4, majlis tersebut telah dapat dihadiri lebih 200 orang waris dan keluarga allahyarham. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Sdr Asni bin Hj Ismail (cicit) dan Sdr Awang Damit bin Walit (cicit) menjadi pengacara pada majlis tersebut. Pengisahan dan sejarah hidup allahyarham Imam Umpau telah disampai oleh pakcik kami, Ahmad bin Esah dan ternyata ramai yang tidak mengetahui sejarah tersebut.

Antara pengisihan majlis yang diadakan di perkarangan rumah Tuan Hj Ghani bin Sadayar (cucu), Batu 8, jalan Bukit Garam, Kinabatangan tersebut seperti mengumpul salahsilah keluarga, sesi memperkenalan ahli keluarga, bergambar, pelancaran blog ini, jamuan dan solat zuhur bersama.

Manakala semua ketua keluarga telah bersepakat mencadangkan agar acara ini dijadikan sebagai acara tahunan keluarga, bercadang membentuk jawatankuasa keluarga, berusahan mengumpul dan membukukan salahsilah keluarga untuk diagih di tahun hadapan.

TAHNIAH! kepada Makcik Bungsu yang telah mencetuskan idea ini serta kepada semua yang bertungkus lumus membuat persediaan majlis. Tidak kurang juga kepada tuan rumah serta semua keluarga yang hadir pada majlis tersebut. TERIMA KASIH SEMUA!!!

HASRAT JADI KENYATAAN!!!

Al Fazli HMS.

Berita pertemuan waris dan keluarga Imam Umpau telah disiarkan di Utusan Malaysia

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1001&pub=utusan_malaysia&sec=Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_08.htm&arc=hive